berita

‘Kasih Sayang Tidak Pernah Berubah & Mereka DNA Saya Untuk Selamanya’ – ND Lala

October 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi Datuk ND Lala, 62, memberitahu kasih sayangnya terhadap anak-anak tidak pernah berubah walaupun sudah bercerai dengan bekas isteri, Fauziah Sarman, 55, pada 2 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Sanggup Uncle Menipu Kata Kami Mencuri? Better Diam Ja’ – Teman Wanita Anak ND Lala

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Gelar Siti Munirah Penyondol, Dia Tak Pernah Sondol Saya’ – ND Lala

Kasih sayang masih sama

Menurut ND Lala, kasih sayangnya untuk kesemua anaknya masih sama kerana mereka darah dagingnya.

Bagi saya, hubungan bersama anak-anak sekarang tiada isu. Sebab mereka tetap kekal sebagai darah daging saya. Mereka itu adalah DNA saya untuk selamanya dan tidak akan pernah berubah.

Saya tahu dengan segala apa ujian yang sudah berlaku ini membawa impak dalam keluarga. Anak-anak juga diuji, kita juga diuji. Apapun, kita kena sentiasa berlapang dada dan doakan yang baik-baik saja.

Mungkin pandangan kita pada hari ini juga berdasarkan sumber dan maklumat yang diperoleh membentuk pendirian diri apabila terlihat kebenaran itu dari sisi yang lain.

Tambah ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Amzah Salleh, dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh meninggalkan kesan dan menjejaskan anak-anaknya.

Sebelum ini, ND Lala terpalit dengan kontroversi apabila didakwa berkahwin kali kedua secara diam-diam dengan wanita dikenali Siti Munirah Abdul Ghani, yang juga rakan baik anak sulungnya, Shila Amzah.

Kisah perkahwinan itu mula terbongkar apabila bekas isteri pertamanya, Fauziah memuat naik foto wanita terbabit di Instagram pada awal April lalu.

Bagaimanapun, pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan lafaz cerai dibuat ND Lala secara ‘voice note’ (rakaman suara) di WhatsApp terhadap Fauziah pada 2 Ogos lalu adalah sah.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×