berita

‘Netizen Hanya Tahu Mengecam’ – Bella Bakal Rujuk Bersama Aliff Aziz?

January 30th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Walaupun pelbagai kontroversi melanda bekas suami, Bella Astillah nampaknya masih mampu untuk menerima semula kehadiran Aliff Aziz di dalam hidupnya. Menerusi Berita Harian, Bella beranggapan keputusan yang bakal dilakukannya itu atas kebaikan bersama untuk membesarkan cahaya mata mereka Ayden.

Tak pernah bermusuh

Sebenarnya, sejak berpisah Mei lalu, kami tidak pernah bermusuh… Semuanya demi anak kami, Mohamad Ayden Adrean.

Saya tidak pernah membenci Alif. Cuma saya lihat perpisahan kami banyak mengajar Aliff dan mematangkan dirinya.

Saya bukan hendak membuktikan kepada masyarakat dia sudah berubah. Bagi saya, asalkan dia sayang dan ambil berat mengenai anak sudah memadai.

Menurut Bella, keputusan yang bakal dibuat itu akan dibincangkan bersama keluarga masing-masing. Dia mengakui bahawa dia sedia untuk menerima Aliff dengan hati yang terbuka. Mereka berdua bakal membuat pengumuman secara terbuka apabila tiba waktu yang sesuai.

Besarkan anak bersama

Sekiranya berbaik dengan Aliff adalah keputusan terbaik untuk Ayden, saya akan terima dengan hati terbuka.

Apatah lagi, Ayden sangat rapat dengan Aliff. Setiap kali berpisah dengan Aliff, dia akan menangis. Ini membuatkan hati saya remuk setiap kali pulang dari menjenguk Aliff di Singapura

Tambahnya lagi, keputusan yang bakal dibuat ini adalah untuk kebaikan anak mereka bersama. Anaknya kerap menangis selepas mereka berpisah dan ini menguatkan lagi perasaan untuk kembali ke pangkuan Aliff bagi membesarkan anaknya yang semakin meningkat usia.

Netizen hanya tahu mengecam

Netizen hanya tahu mengecam yang negatif. Mereka tidak nampak dari sudut positif terutama untuk kebaikan Ayden.

Mereka hanya tahu menyuruh saya supaya mencari lelaki lain atau yang lebih baik.

Tetapi kita tidak tahu nasib pada kemudian hari jika memilih lelaki baharu. Lagipun, dalam keadaan sekarang, saya hanya mahu fokus kepada membesarkan anak. Manalah sempat hendak memikirkan soal pengganti.

Bella turut menegaskan bahawa netizen hanya tahu mengecam tindakannya bersama Aliff dan menyuruhnya untuk mencari jejaka lain bagi menggantikan bekas suaminya itu. Baginya, dia hanya memikirkan soal anak dan sifat peribadi Aliff yang ramai tak tahu.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Manchester United top 4 season ni, percayalah!