Kes membabitkan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang berkahwin di Songkhla, Thailand pada Disember lalu terus menjadi topik bualan hangat di media sosial.
Artikel Berkaitan: Norman Hakim Mohon Maaf Pada Abby Abadi – ‘Saya Ambil Tanggungjawab Ini Andai Semua Khilaf Saya’
Artikel Berkaitan: Muat Naik Momen Seronok Berbuka Puasa Dengan Marissa, Netizen Dakwa Memey Suhaiza Tak Sensitif?
Lahirkan Marissa dalam kereta
Malah, setiap hari ada sahaja isu berbangkit membabitkan Abby, Norman dan Marissa.
Terbaharu, netizen mengimbau semula cerita lama ketika Abby melahirkan Marissa di dalam kereta 19 tahun lalu.
Difahamkan, ketika kejadian Abby dan Norman sedang menuju ke hospital namun tidak sempat tiba ke lokasi dan terpaksa bersalin di dalam kereta.
Kelahiran tersebut disaksikan dan disambut sendiri oleh Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 48.
Susulan itu, netizen mula bercerita kembali mengenai peristiwa tersebut di laman TikTok dan ada di antara mereka yang mengatakan baru mengetahui mengenai perkara itu.
Netizen juga mula mengaitkan peristiwa kelahiran Marissa dengan isu dia berkahwin bersama seorang jejaka bernama Aslam Aslam tanpa pengetahuan keluarga.
Malah, wargamaya meminta Marissa untuk mengenang kembali pengorbanan ibunya yang pernah bertarung nyawa melahirkannya.
Terdahulu, Abby akhirnya mengesahkan bahawa Marissa sudah pun bernikah dengan Ahmad Aslam di Thailand menerusi temu bual bersama Gempak.
Menerusi temu bual sama, Abby turut menceritakan kronologi bagaimana anak perempuannya itu boleh ‘hilang’ dan bernikah senyap-senyap di Thailand.
Tidak berakhir di situ, Abby dan Norman kemudian mula berbalah apabila aktor itu didakwa bersikap lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab berhubung isu anak mereka.
Norman kemudian bersuara dan menasihati Abby agar tidak terlalu berlebih berkongsi mengenai isu keluarga mereka di media sosial.