berita

Netizen Kantoikan Cabaran Cari Duit Raya RM1,000, Aisar Khaled Nafi Dah Rancang Dengan Sepupu

May 12th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebut saja nama Aisar Khaled, pasti ramai mengenali pelakon dan pensohor media sosial itu. Pernah beberapa kali terpalit dengan kontroversi panas gara-gara kandungan untuk saluran YouTubenya yang disifatkan tidak sensitif dan mengundang kemarahan ramai.

Artikel berkaitan : Dikecam Buat ‘Content’ Youtube Ziarah Kubur Siti Sarah, Aisar Khaled Mohon Maaf

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ni Ke Yang Solat Atas Jalan Hari Tu?’ – Menari & Peluk Pelakon Wanita, Aisar Khaled Dikecam Lagi

Netizen buat kerja

@.tehais Murah rezeki Aisar #fyp #kazen ? Dunia Tipu Tipu – D’Reko

Terbaru, Aisar, 22, menjadi bualan netizen selepas membuat cabaran mencari duit raya tersembunyi yang bernilai RM1,000.

Di tangan Aisar ada RM1,000. Aisar letak duit satu tempat. Awak jumpa tag Aisar tau, Aisar kongsi duit raya RM1,000.

Tindakan itu didakwa sekadar gimik kerana individu yang berjaya menjumpai wang tersebut adalah saudara sendiri.

Menerusi akaun TikTok @tehais, ada memaparkan ‘bukti’ hasil siasatan yang menunjukkan Aisar pernah bergambar dengan individu yang dikenali dengan nama Syakir pada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Ekoran itu, rata-rata wargamaya terus menyindir pemilik nama lengkap Aisar Khaled Kamel.

Hahahaha kerja tak clean.

Dah agak dah kroni.

Netizen Malaysia ni boleh jadi detektif la.

Mungkin Aisar memang nak bagi duit raya dekat sepupu dia. Husnuzon okey.

Hahaha bagi tak ikhlas betul. Tak mau bagi orang lain menang.

Nafi sudah dirancang

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Chandelier tampil memberi penjelasan dengan mengakui individu yang mengambil duit raya itu adalah sepupu lelakinya.

Dia memang sepupu Aisar, tapi semua ini tidak ada dalam perancangan langsung. Selepas video cabaran tersebut dimuat naik, dia terus menelefon untuk turut serta, selain bertanyakan lokasi tersebut.

Tapi, Aisar cakap mana boleh beritahu, nanti tak berlaku adil. Harap tiada lagi isu, insya-Allah ada rezeki Aisar buat lagi.

Terdahulu, Aisar pernah membuatkan ramai yang menonton menggelegak hati gara-gara tindakannya menziarahi kubur Allahyarham Siti Sarah pada 9 Ogos tahun lalu.

Sumber: TikTok @aisar_khaledd & @tehais

SKIP THIS AD ×