Bergelar juara The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3), penyanyi dan pelakon Ayda Jebat menerima kecaman hebat daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan keputusan pada malam Jumaat.
Artikel Berkaitan: Persembahan Sentiasa ‘Mega’, Ayda Jebat Habis RM150k Untuk Famili Duo – ‘InsyaAllah Ada Yang Lebih Baik Selepas Ini’
Anggap sebagai rezeki
View this post on Instagram
Ketika ditemui OhBulan!, Ayda menyatakan dia tidak terasa hati dengan pertikaian yang timbul. Kata aktres berumur 31 tahun itu, dia terima setiap komen kesat dengan hati yang terbuka.
Saya sudah jangka mesti ada pertikaian selepas diumumkan sebagai juara TMSMY3. Ini kerana saya sendiri pun rasa ada orang lain yang lebih layak dari sudut vokal dan nyanyian.
Tapi satu hal yang orang kena faham adalah pertandingan ini menilai bukan saja dari segi nyanyian tetapi segala aspek seperti persembahan merangkumi karakter, pembawaan maskot, pemilihan lagu dan berjaya mengelirukan juri serta penonton dengan pelbagai suara dan teknik nyanyian. Jadi saya rasa adil bila saya menang kerana segala usaha yang saya tonjolkan.
Saya anggap kemenangan ini sudah tertulis dan ini adalah rezeki saya. Segala kecaman saya terima dengan hati terbuka. Kalau tak suka saya, sekurang-kurangnya lihatlah usaha yang Betta Fish berikan setiap minggu.
Ayda berkata demikian ketika majlis pelantikannya sebagai duta produk penjagaan bayi, Chicco, di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC KL), pada Sabtu.
Cuba tonjol vokal
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Suhada Jebat akui pelik dengan segelintir individu yang tidak gemar melihat dia menampilkan kelainan dalam nyanyian.
Saya tak faham kenapa orang tidak suka apabila saya menampilkan kelainan dalam bidang nyanyian. Ramai suka saya menyanyi lagu rancak tapi apabila saya tampil dengan lagu-lagu bergenre lain, mereka mengkritik dan kurang berminat.
Lebih-lebih lagi apabila saya masuk pertandingan seperti Famili Duo dan TMSMY3, saya cuba menonjolkan vokal saya tapi ada segelintir mengecam.
Sumber: Instagram