Sentiasa memberikan persembahan yang berskala ‘mega’ di pentas Famili Duo, penyanyi, Ayda Jebat akur apabila dia dan adiknya iaitu Fyna meraih tempat kedua dalam program tersebut.
Artikel berkaitan: Percaya Rezeki Akan Lebih Melimpah, Zaki & Yamani Abdillah Hadiahkan RM100k Wang Kemenangan Untuk Ibu
Artikel berkaitan: ‘Saya Alukan Netizen Maki Saya, Bukan Peserta’ – Mas Idayu Dedah Kenapa ‘Kunci Mulut’ Sejak Kontroversi Dengan Sissy Imann Timbul
Artikel berkaitan: Mas Idayu Puji Vokal Sissy Imann & Naim Daniel, Paling Terbaik Sepanjang Famili Duo – ‘Saya Ikhlas Ini’
Artikel berkaitan: Diminta Hadir Beri Sokongan Buat Anak-Anak, Jamal Abdillah Akhirnya Muncul Di Pentas Akhir Famili Duo
Kos keseluruhan melebihi RM150k
Menurut Ayda, dia bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Tambah pelantun suara ‘Pencuri Hati’ ini dia ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong perjalanan mereka dalam program Famili Duo.
Perjalan hingga ke konsert akhir membuatkan kami rasa gembira dan bersyukur. Semestinya kami sudah sehabis baik berhempas pulas untuk meraih gelaran juara tapi tiada rezeki. Kami percaya setiap aturan Allah dan pastinya ada hikmah tersembunyi. Apa yang paling penting, semua yang kami lakukan adalah untuk peminat yang selama ini tak henti menyokong.
Diminta untuk mengulas mengenai kos perbelanjaan yang dikeluarkan saban minggu, Ayda berkata kos keseluruhan sudah melebihi RM150,000.
Kapal terbang, sarkas, tapak pembinaan, konsert rock dan macam-macam lagi. Semua sudah kami tonjolkan setiap minggu. Menghitung semula kos yang saya keluarkan sendiri, secara kontra ia tidak berbaloi dari semua segi, termasuklah soal usaha, kreativiti, masa, tenaga dan sebagainya.
Tapi saya gembira kerana sebagai penyanyi, saya puas dapat menghiburkan orang ramai. Saya sudah berikan terbaik untuk peminat. Cuma mungkin saya perlu fikirkan soal ‘practicality’.
Apa yang penting, saya dapat berkongsi rezeki dengan pemuzik, orang belakang tabir yang menyediakan props, tetamu undangan setiap minggu, jurusolek, pereka fesyen, penata gaya, juruaudio dan ramai lagi. Itu yang paling utama kerana segala kos yang saya keluarkan adalah rezeki untuk orang lain.
Sudah menjadi adat pertandingan, ada menang, ada yang kalah tetapi pengalaman yang ditimba tak boleh saya beli di tempat lain. Rezeki sudah tertulis setakat naib juara, Insya-Allah ada yang lebih baik selepas ini.
Peluang kedua kembali aktif
Menerusi program Famili Duo, Fyna pula berkata dia dapat kembali aktif sebagai penyanyi setelah sekian lama menyepi.
Saya dah lama tak muncul di kaca televisyen, jadi program ini satu permulaan yang baik untuk karier saya. Kami dah berikan terbaik dan semuanya boleh dilihat dalam setiap persembahan yang kami tonjolkan.
Saya rasa bertuah kerana mempunyai seorang kakak yang tak berhenti memberi semangat. Ayda bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk kami walaupun dia sibuk dan mempunyai anak kecil sampai tak cukup tidur selama lapan minggu.
Malam tadi, Fyna dan Ayda berjaya membawa pulang RM20,000 sebagai naib juara.