berita

Netizen Kecam Video Tarian & Fesyen, Mierul Aiman Berlapang Dada – ‘Kita Perlu Refleks Diri Sendiri’

December 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

mierul aiman

Pelakon meningkat naik, Mierul Aiman dan Amir Ahnaf antara selebriti yang mendapat kecaman warganet gara-gara tarian dan fesyen yang digayakan semasa sesi fotografi sebuah majalah popular.

Artikel Berkaitan: Mierul Aiman Payung Gambar ‘Sixpack’, Netizen Tak Keruan – ‘Pecah Ovari …’

Artikel Berkaitan: ‘Kulit Kuning Langsat, Ada Mix’ – Mierul Aiman Kongsi Ciri-Ciri Wanita Idaman

Seni dalam fesyen

mierul aiman

Ketika ditemui OhBulan!, Mierul atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Aiman Norazam berkata dia sangat berbesar hati menjadi antara selebriti yang terpilih sebagai wajah untuk menghiasi majalah tersebut.

Kami menjalankan penggambaran sebuah majalah yang saya sangat-sangat hormati dan segani. Saya dipilih menjadi Top 20 figura dalam edisi majalah tersebut.

Bagi saya ini adalah skop yang lain, ianya tentang satu karakter, fesyen, emosi dan apa yang nak disampaikan menerusi pakaian. Ada sisi-sisi seni dalam fesyen itu.

Aktor berusia 25 tahun ini menjelaskan bahawa dia dan selebriti lain hanya mengikut setiap arahan seperti mana yang dirancang oleh pihak produksi.

Kami sebagai figura yang berada di hadapan kamera, kita kena mendengar arahan daripada pengarah.

Kami beri yang terbaik kepada majalah tersebut sebab kami percaya semua ideanya datang dari pelbagai pihak iaitu stylish, pengarah, fesyen editor dan jurukamera. Apa yang dicetak itu telah mendapat kebenaran daripada mereka.

Mierul berkata demikian di sidang media drama The Cadets yang berlangsung di Pavillion, Kuala Lumpur pada Selasa.

Bagaimanapun, pelakon drama W Two Worlds itu menerima dengan hati yang terbuka setiap kritikan yang dilemparkan terhadapnya dengan menganggap ia adalah pengajaran buat diri sendiri.

Kami sebagai anak seni kami perlu terima kritikan pendapat daripada orang lain. Mereka menyampaikan apa yang mereka fikir, kami pula kena dengar dan perlu refleks kepada diri sendiri untuk memperbaiki diri di masa hadapan.

Untuk info, drama yang berkisarkan tentang perjuangan empat sekawan kadet bomba yang menghadapi pelbagai cabaran mental dan fizikal. Selain Mierul, The Cadets turut dibintangi oleh Hawa Rizwana, Fimie Don, Adlin Aman Ramlie, Jazmy Juma dan Bella Dowanna.

SKIP THIS AD ×