berita

[VIDEO] Fimie Don Sedang Hangat Bercinta?

August 10th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, nama pelakon Fimie Don menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas dia dikatakan sedang hangat bercinta. Betul ke?

Fimie dengan siapa tu?

Menerusi video tersebut, Fimie Don yang memakai baju kemeja berwarna hitam dan bertopi telah hadir ke satu festival bersama seorang gadis. Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah sosok wanita yang berada di samping Fimie itu merupakan seorang pelakon iaitu Khayrisyah Kemal.

Menerusi ruangan komen, netizen mula membuat andaian bahawa pasangan remaja ini sedang hangat bercinta.

Difahamkan juga, Fimie dan Khayrisyah kerap membuat konten video bersama-sama dan baru-baru ini, terdapat satu media melaporkan bahawa pasangan ini dlihat bermesraan ketika menghadiri sebuah konsert.

Hasil pemerhatian pihak OhBulan!, netizen sudah mula menyerang dan membanjiri ruangan komen di akaun Tiktok gadis berkenaan. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Fimie dan Khayrisyah.

Video

@vuqosino Fimie singgah booth ! #atasanginfestival #abstraxjingga #ootd #ootd Korang boleh grab merchandise di @ABSTRAX® ? original sound – veqo

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×