Awal Ashaari dikritik warganet kerana mewarnakan rambutnya tidak lama selepas pulang mengerjakan umrah pada Februari lalu bersama isteri Scha Al-Yahya.
Artikel Berkaitan: Lila Rindu Daddy Buat Mata Netizen Masuk Habuk
Artikel Berkaitan: Berbual Mesra Dengan Lee Min-ho, Awal Ashaari & Scha Alyahya Bikin Peminat Menangis Tepi Bucu Katil
‘Ini bukan warnakan rambut’
Berikutan ramai warganet yang mempersoalkan isu warna rambut yang dilihat membawa imej yang kurang sesuai selepas pulang dari Tanah Suci, Awal Ashaari berkata dia hanya buat apa yang menggembirakan dirinya sendiri tetapi dia tetap menjaga hubungan dengan Allah.
Orang kita tidak boleh menerima sesuatu perubahan drastik dan saya cuba faham perkara tersebut serta tidak menidakkan mereka.
Sebagai anak seni, bukan kata balik umrah boleh terus insaf dan berubah, cuma saya dapat bawa balik pengalaman selain pengajaran berguna.
Menurut penjelasan Awal, rambutnya bukanlah diwarnakan tetapi dia hanya menggunakan teknik peluntur, namun dia sedar bahawa ramai yang tidak memahami akan perkara tersebut.
Ini bukan warnakan rambut, saya gunakan sejenis bahan peluntur tetapi jika mahu berlawan pun orang tidak akan faham.
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang anak ini juga mengakui bahawa perubahannya tidak boleh dilakukan secara drastik kerana personaliti dan pembabitannya dalam industri fesyen.
Dari segi stail dan penampilan tidak mungkin saya akan berkopiah 24 jam kerana saya masih berminat dalam fesyen. Tambahan pula kerja saya masih berkaitan dengan dunia fesyen.
Awal berkata demikian ketika majlis pelancaran kedai kopi miliknya, The Great Coffee Club, yang terletak di Shah Alam, pada Rabu.
Ada perubahan
Dalam pada itu, selebriti berusia 42 tahun ini, ibadah umrah yang dilaksanakannya memberi impak positif terutama kepada tingkah laku serta cara pemikirannya yang ke arah memperbaiki hubungan bersama Allah dan perkara tersebut turut dipersetujui oleh Scha.
Umrah kali ini mengajar saya lebih dekat dengan Tuhan tetapi orang tidak nampak perkara begitu kerana fokus terhadap perubahan luaran saya.
Katanya lagi, dia tidak kisah dengan pandangan dan persepsi orang kerana padanya dia kini lebih dekat dengan Allah dan lebih tenang.