Pastinya berat untuk berjauhan dengan anak-anak walaupun untuk menunaikan umrah di Tanah Suci yang merupakan pengorbanan buat pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.
Artikel Berkaitan: Awal Ashaari Kongsi Pengalaman Bercuti Tanpa Pengasuh – ‘Bukan Merungut Tapi Rasa Lebih Dekat Dengan Anak’
Artikel Berkaitan: Berbual Mesra Dengan Lee Min-ho, Awal Ashaari & Scha Alyahya Bikin Peminat Menangis Tepi Bucu Katil
Artikel Berkaitan: ‘Aunty Nak Panjat Tinggi Macam Tu Pun Dah Rasa Gayat’ – Foto Lyla Amina Berdiri Atas Tangga ‘Lipat’ Buat Netizen Sesak Nafas
Lila rindu daddy
Menerus hantaran di Instagram (IG), Awal memuat naik video cahaya matanya yang kedua, Lila Amina yang menangis sejurus melihat Awal kembali ke rumah selepas beberapa hari di Tanah Suci.
Agak-agak makan jam ke, makan hari ke makan bulan nak jadi bestfriend balik ni?
Dalam video itu, Awal kelihatan cuba untuk memujuk Lila dengan mendukung dan berborak dengannya.
Hal ini meraih perhatian netizen yang turut sebak dengan reaksi Lila yang masih kecil merindui ayahnya.
Kita pulak yang sedih
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan bahawa Lila merindui ayahnya dan tidak dapat diungkap dengan berkata-kata kerana masih terlalu kecil. Walau bagaimanapun, terdapat rakan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Sherry Al-Hadad yang turut merasakan sebak anak kecil itu yang menahan rindu.
Sumber: Instagram @awalashaari