berita

Netizen ‘Keliru’ Macam Mana Siti Nordiana Boleh Menang Empat Anugerah AME2020

December 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam, telah berakhir dengan cukup meriah sekali. Penyanyi, Siti Nordiana dan Haqiem Rusli telah dinobatkan sebagai ‘Artis Top Top Meletop Wanita & Lelaki’ pada malam kemuncak acara tersebut. Tahniah!

Artikel berkaitan: Zizan Razak Ganti Alif Satar Sebagai Hos Ketiga AME2020

Meskipun telah dinobatkan sebagai ‘Artis Top Top Meletop’ pada acara kemuncak tersebut, kemenangan Siti Nordiana, dalam beberapa lagi kategori lain ternyata menjadi pertikaian netizen sehingga mereka mendakwa hampir kesemua anugerah tersebut hanyalah untuk dirinya sahaja.

Siti Nordiana lagi

Di Twitter, rata-rata netizen meluahkan pandangan mereka mengenai kemenangan Siti Nordiana ketika malam Anugerah Meletop Era, semalam. Netizen mendakwa penyanyi tersebut tidak sesuai memenangi sesetengah kategori yang dipertandingkan. Tambahan, ada lagi artis yang lebih layak untuk merangkul anugerah tersebut.

Namun begitu, netizen kagum kerana pelantun suara ‘Hatiku Milikmu’ itu mempunyai kelab peminat yang ramai dan kuat sehingga artis kesayangan mereka memenangi empat kategori pada malam kemuncak acara tersebut.

Menang empat anugerah

Selain memenangi anugerah Artis Top Top Meletop Wanita, Siti Nordiana turut memenangi anugerah Artis Versatil Meletop, Group/Duo Meletop dan Artis Top Top Meletop Grup/Duo. Buat pengetahuan korang, kesemua pemenang telah dipilih berdasarkan undian daripada peminat melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi SYOK.

Sumber: Siti Nordiana

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×