Penyanyi Nuha Bahrin dikritik netizen selepas persembahan lagu Casablanca bersama Naufal Azrin ketika program MeleTOP pada Selasa dianggap kurang ‘menyengat.’
Susah nak kawal gementar
@danish_amsyar Hmmm takpelah asalkan versi studio tu not bad? #liveshow #casablanca #duet #fyp? #fyp ? CASABLANCA – Nuha Bahrin & Naufal Azrin
Ketika dihubungi OhBulan!, Nuha tidak melatah dengan komen-komen negatif malah menerima dengan hati terbuka.
Akui gementar menyanyikan lagu Casablanca di depan orang ramai, Nuha, 21, menyatakan masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk penambahbaikan dalam nyanyiannya.
Betul saya gementar semalam. Saya masih belajar untuk kawal perasaan gementar ketika menyanyi di depan orang ramai.
Saya faham, setuju dan terima komen itu dengan hati yang terbuka. Masih banyak benda yang saya kene improve dalam nyanyian.
Ditanya adakah perasaan gementar timbul disebabkan takut dengan kutukan netizen, pemilik nama Nuha Sakina Saiful Bahrin berkata dia lebih mengutamakan perasaan diri sendiri.
Saya lebih takut mengecewakan diri sendiri dan orang sekeliling saya. Saya harap selepas ini saya boleh menyanyikan dengan lebih baik.
Kena berlatih lagi
Sebelum ini, di akaun TikTok @danish_amsyar dihujani dengan komen wargamaya yang menyifatkan nyanyian peserta Vokal Mania 2020 ‘kelaut’ sekali lagi.
Bagaimanapun, ada juga segelintir peminat yang faham dengan situasi ‘stage fright.’
Terdahulu, Nuha pernah tular gara-gara persembahannya yang dianggap sumbang dalam sebuah program realiti.
Sumber: TikTok @danish_amsyar