berita

Netizen Kurang Senang Lihat Posing ‘Mendabik’ Dada Hannah Delisha – ‘Labuhkan Tudung…’

May 22nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Perkongsian terbaharu di Instagram milik pelakon jelita, Hannah Delisha mencuri perhatian selepas ramai yang kurang senang melihatnya berposing bagi mengayakan jenama pakaian miliknya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nyanyian Hannah Delisha Buat Netizen Kagum – ‘Cukup Pakej Awak’

Artikel Berkaitan: Hannah Delisha Belum Sedia Jadi Ibu – ‘Jaga Kucing Pun Tanggungjawab Sangat Besar’

Posing mendada

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik, Hannah dilihat sedang mempromosikan jenama pakaian jenis sweatshirt miliknya sambil melalukan beberapa gaya posing.

Namun, pada salah satu gambar yang dikongsikan aktres itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila posing yang dilakukan sedikit mendada.

Labuhkan tudung

Menjengah ke ruangan balas, ada segelintir netizen yang menegur cara aktres berusia 27 tahun itu berposing selain memintanya untuk melabuhkan sedikit hijab supaya sesuai dengan imej bertudungnya.

Pun begitu, di sebalik komen kurang senang yang ditinggalkan, ada juga yang memuji kecantikan Hannah selain ‘jatuh cinta’ melihat kejelitaan yang dimilikinya.

Terdahulu, Hannah ada mengeluarkan kenyataan bahawa tidak mudah untuknya kekal istiqamah dengan imej sedemikian.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×