Satu petisyen telah diwujudkan menerusi laman sesawang change.org agar meminta Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau dikenali sebagai DJ Lin meletak jawatan serta merta.
Artikel Berkaitan: Gaji Penyampai Radio Swasta Cecah RM150,000 Sebulan?
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini’ – Tyzo Xander
Petisyen letak jawatan
Petisyen yang dimulakan oleh individu yang menggunakan nama Mohd Faizal Legacy itu turut meminta agar segmen kendalian DJ Lin iaitu Suria Cinta yang menemui pendengar setiap Ahad hingga Jumaat, pada jam 8 malam turut dibubarkan.
Malah, individu tersebut turut mendakwa DJ Lin tidak lagi relevan bergelar penyampai radio.
Kami percaya bahawa DJ Lin dari Suria FM sudah tidak lagi relevan dan kami merasakan perubahan diperlukan.
Menurut data terkini, ada penurunan mendadak dalam jumlah pendengar stesen ini (Sumber: Laporan Penyiaran Malaysia).
Oleh itu, kami menggesa pihak pengurusan Suria FM untuk mempertimbangkan permintaan kami agar DJ Lin meletakkan jawatannya.
Sila tandatangan petisi ini jika anda setuju dengan pendapat kami.
Pada 12 Januari lalu, bekas penyampai Suria FM iaitu Tyzo, 47, mengejutkan ramai pihak apabila memaklumkan kontraknya sudah ditamatkan.
Kata Tyzo, ketiadaannya di stesen tersebut bukanlah keputusan serta kehendak yang dibuatnya sendiri.
Dalam pada itu, timbul juga dakwaan mengatakan pemecatan Tyzo disebabkan dia ‘demand’ gaji yang lebih tinggi.
Sumber: change.org