Kedatangan bintang terkenal Running Man di Mines International Exhibition & Conference Centre (MIECC) bagi acara Run 2 U Live in Kuala Lumpur disambut meriah oleh para peminat pada minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Setelah Tujuh Tahun Menunggu, Barisan Artis Running Man Sekali Lagi Kembali Ke Malaysia Bertemu Peminat
Artikel Berkaitan: Bintang Running Man Yoo Jae Suk Terbabit Kemalangan Kereta
Air hujan menitik
Acara tersebut dilaksanakan dengan penuh kemeriahan susulan para peminat di negara ini teruja untuk bertemu dengan bintang utama acara popular itu.
Bagaimanapun rasa keterujaan itu terbantut apabila nasib tidak menyebelahi kumpulan bintang tersebut kerana bumbung di MIECC didakwa bocor menyebabkan air hujan menitis ke pentas.
Menerusi video yang tular di X, salah seorang ahli Running Man, iaitu Yoo Jae Suk bertindak mengelap lantai ketika acara sedang berlangsung.
Manakala, Yang Se Chan pula menadah tangan untuk melihat air yang menitis itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kesal dengan apa yang terjadi ke atas bintang Korea Selatan itu.
Komen netizen
Sumber: X