berita

Netizen Malaysia Puji Cara ‘Mat Saleh’ Masak Kari Laksa, Siap Guna Lesung Batu

July 1st, 2022 | by khairil
Video Popular

Foto: andy_cooks

Kepelbagaian makanan yang terdapat di Malaysia membuatkan ramai gemar menikmati, apatah lagi mempelajari resepi istimewa masakan tempatan. Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu rakaman yang memaparkan seorang lelaki ‘mat saleh’ bernama Andy Hearnden yang mencuba memasak kari laksa.

Rupanya memang chef

Foto: andy_cooks

Dalam perkongsian di aplikasi TikTok itu kelihatan Andy bertanyakan menu makan tengahari yang ingin dimakan kepada seorang wanita. Lalu wanita itu terus menjawab mahu makan kari laksa

Tanpa berlengah, Andy terus masuk ke dapur untuk memasak juadah kegemaran rakyat Malaysia itu. Apa yang membuatkan rakaman tersebut tular dan mendapat perhatian netizen Malaysia adalah gaya mat saleh ini memasak siap menggunakan lesung batu untuk menumbuk rencah masakannya itu.

Antara bahan-bahan masakan yang ditumbuk menggunakan lesung batu ialah bawang, halia, kunyit, batang serai dan cili merah sehingga bahan kisar itu lumat. Kemudian dia memasukkan laksa ke dalam bekas untuk direndamkan selama beberapa minit.

Apabila bahan kisar yang ditumbuk itu menjadi halus, dia memasukkannya ke dalam periuk dan ditambah dengan pes laksa untuk ditumiskan .Antara bahan utama yang dimasukkan ialah peha ayam yang dihiris nipis, santan, pati ayam, tauhu dan juga sos ikan secukup rasa. Kemudian, dia memasukkan udang ke dalam kuah laksa tersebut.

Andy yang aktif membuat video masakan di laman media sosial miliknya itu dilihat tidak kekok langsung memasak kari laksa. Apatah lagi melihat hasil masakannya  yang kelihatan seperti hidangan restoran. Perkongsian tersebut telah meraih 1.9 juta tontonan dan rata-rata netizen Malaysia memuji dan kagum dengan hidangan kari laksa Andy itu.

Sekadar info, Andy Hearnden merupakan seorang ketua chef di sebuah kafe di Melbourne, Australia. Selain berkhidmat sebagai chef, Andy juga merupakan seorang YouTuber yang sering memuat naik video memasaknya di laman itu. Andy yang juga popular di laman TikTok kini mempunyai seramai 2.4 juta pengikut.

Video penuh

@andy_cooks Babe wanted curry laksa for lunch. #foodtok #cooking #food #fyp? ? Paris – ??Remix

‘Hampir sama dengan gaya Malaysia’

Di ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia memberi pelbagai reaksi terhadap video masakan mat saleh tersebut yang memasak kari laksa. Ada juga yang menyatakan gaya memasaknya hampir sama dengan gaya orang Malaysia.

Sumber: andy_cooks

SKIP THIS AD ×