berita

Netizen Marah Fasha Sandha Biarkan Bekas Suami Cium Mulut Anak

March 28th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Umum sedia maklum, pasangan Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai telah lama berpisah dan membawa haluan masing-masing. Walaubagaimanapun, hubungan mereka masih baik demi kebaikan untuk anak.

Terbaru, pelakon Fasha Sandha berkongsi foto anak perempuannya bertemu ayah kandung, Jejai. Menerusi kapsyen di Instagram milik Fasha, dia meluahkan rasa syukur dan gembira melihat momen indah kasih sayang antara seorang ayah dan anak. Walaubagaimanapun, foto tersebut mendapat kecaman dan teguran dari netizen dek aksi cium bibir seorang ayah dan anak perempuan. Jadi, sejauh manakah kebenaran ini?

Tersentuh lihat kasih sayang ini

Menerusi kapsyen Fasha, dia terharu dan tersentuh melihat detik bahagia apabila bekas suami, Jejai datang berjumpa anak mereka. Biarkan hanya seketika waktu, namun dia berharap agar kasih sayang itu akan kekal selamanya.

Walaubagaimanapun, foto berkenaan telah menerima teguran netizen apabila menyaksikan anak perempuan mereka bercium bibir dengan ayahnya, Jejai. Namun, ada juga yang meluahkan rasa terharu melihat momen ini.

Takut sumbang mahram?

Haram cium di bibir?

Takut anak tiru budaya Barat?

Tapi feeling itu pada orang dewasa

Anak kandung tak apa…

Demi anak-anak

Pelakon ini sempat menjawab pertanyaan netizen setelah ditanya mengenai hubungannya dengan Jejai. Malah, netizen juga berharap pasangan ini akan kembali bersama. Ini adalah respon Fasha terhadap soalan netizen.

Harap hubungan baik keluarga ini akan kekal bersama buat selamanya. Bagaimanapun, anak ini tetap anak kandung Jejai dan Fasha.

Credit: Fasha Sandha

SKIP THIS AD ×