Perbincangan berkenaan elaun menteri yang dikatakan mencecah RM 5700 sebulan membuatkan ramai yang panas hati. Dakwaan itu dikuatkan dengan satu infografik keratan akhbar yang viral di laman sosial, sekaligus mengundang perdebatan dalam kalangan netizen yang tidak puas hati dengan nilai setinggi itu untuk parking.
Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah memberi responnya berkenaan dakwaan itu kepada seorang pengguna Twitter.
Mohon penjelasan netizen
Saifuddin bertanyakan mengenai kesahihan kononnya pecahan gaji dan elaun menteri antaranya merangkumi RM5700 elaun parking kepada seorang pengguna Twitter. Menurut Saifuddin, sepengeatahuannya, perkara itu tidak tepat.
Individu berkenaan kemudiannya telah memadamkan tweet asal berkenaan kerana tidak mahu menyebarkan info tidak tepat.
Menteri berbeza dari segi potongan hutang dan sumbangan kepada parti
Seorang pengguna laman sosial itu kemudian menyertakan pengisytiharan aset menteri-menteri diterbitkan semula oleh portal MalaysiaKini yang bertanyakan ketepatan angka tersebut. Saifuddin kemudian menjawab gaji dan elaun setiap menteri adalah sama namun yang membezakan adalah bayaran hutang dan sumbangan kepada parti.
Maklumat tidak betul
Tambahnya lagi, keratan akhbar yang tidak diketahui sumbernya itu tidak betul dan sepanjang pengetahuannya sebagai menteri, tidak wujud elaun parking seperti digembar-gemburkan.
Sumber: Saifuddin Abdullah