berita

Netizen Minta Fasha Sandha Padam Gambar Kazar – ‘Hilang Mood Nak Tengok’

May 30th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon jelita, Fasha Sandha memuat naik beberapa gambar bersama pelakon veteran, Kazar yang telah mengundang pelbagai reaksi warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Mana Ada Isteri Bahagia Bila Suami Kahwin Lain’- Watak Pak Samad Kembali Viral, Netizen Cakap Dah Rancang Kita Lalai

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha & Nora Danish Bergambar Satu ‘Frame’ Di Rumah Jejai, Bersatu Demi Anak-Anak

‘Padam gambar tu..’

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pelakon berusia 39 tahun dilihat sedang menjalankan penggambaran drama terbaharu di negeri Perlis dengan beberapa pelakon-pelakon lain termasuk Kazar.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah menjadi perhatian warganet yang dilihat kurang senang aktres itu bergambar bersama Kazar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa meluat dan meminta pelakon drama Rampas Cintaku itu untuk memadam gambar-gambar tersebut.

Terdahulu, tindakan Kazar menjadi wali kepada anaknya Ira semasa bernikah dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof di Thailand kecoh diperkatakan kerana Ira didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×