Perkahwinan pengarah sensasi Syamsul Yusof dan Ira yang dilakukan di negara Thailand membuatkan nama pelakon Kazar Saisi turut sama terpalit.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Gantikan Ayah Lebih Baik Untuk Cucu-Cucu Saya’ – Ibu Syamsul Yusof
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Dah Tak Cinta Lepaskan, Bukan Gantung Tak Bertali!’ – Janna Nick
Artikel Berkaitan: ‘Puteri Sarah Menantu Kesayangan Saya, Harap Syamsul Adil Kalau Jodoh Masih Kekal’ – Yusof Haslam
Lakonan Pak Samad
Di media sosial, video lakonan Kazar dalam drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku yang disiarkan TV3 kembali tular.
Dalam video yang berdurasi 45 saat yang dimuat naik di Instagram (IG) Drama Sangat itu memaparkan babak lakonan Pak Samad yang dipegang oleh Kazar.
Menerusi lakonan drama itu, Pak Samad menasihati tentang perkahwinan kepada Adam lakonan Sean Lee. Kata Pak Samad, tiada isteri yang bahagia apabila suaminya berkahwin lagi.
Mia bahagia ke Pak Samad,” tanya Adam kepada Pak Samad.
Mana ada isteri bahagia bila suami kahwin lain,” jawabnya.
Perbualan itu tidak terhenti di situ apabila Pak Samad menjawab;
Bila seorang isteri tu reda, dia tak perlu pergi pun.
Mia reda? Untuk apa dia nak berkorban?” soal Adam lagi.
Untuk dapatkan syurga buat diri dia. Dia lebih kenal suaminya dan nak harungi susah senang bersama,” kata Pak Samad lagi.
Luar drama anak sendiri jadi orang ketiga
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan lakonan itu seolah-olah menjadi realiti dengan kontroversi Syamsul, aktres Puteri Sarah Liyana, Ira dan Kazar.
Selain itu, ada juga netizen yang marah dengan Kazar kerana membenarkan anak perempuannya menjadi isteri kedua.
Pada Jumaat, Syamsul mengejutkan ramai orang apabila mengumumkan dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand dengan berwalikan Kazar.
Terdahulu, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.
Sumber: Instagram @dramasangat