Pelakon yang sedang dilanda kontroversi, Hafidz Roshdi menerima kecaman teruk oleh netizen selepas memuat naik satu hantaran mengenai bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri di Instagram Story (IG Story).
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Gelar Shuhada #JandaPenfitnah #JandaPenipu, Berang Dituduh Sebar Dokumen Mahkamah – ‘Jangan Spin Cerita Lain, Mana Bukti?’
Panggil Shuhada janda
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Hafidz telah memuat naik semula (repost) satu artikel dibuat sebuah portal hiburan sambil menafikan dirinya telah menyebarkan dokumen mahkamah seperti mana yang didakwa oleh Shuhada.
Bukan itu sahaja, pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi ini turut menuduh tujuan bekas isterinya itu berbuat demikian adalah untuk menutup periuk nasinya.
Namun apa yang menjadi perhatian ialah, pelakon berusia 30 tahun itu turut menggelar Shuhada sebagai #jandapenfitnah dan #jandapenipu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam Hafidz sambil mengingatkan semula bahawa dirinya merupakan individu yang membuat onar dalam rumah tangganya sebelum ini bersama Shuhada.
Netizen juga mempertikaikan tindakan Hafidz kerana tidak mendedahkan nilai nafkah yang telah diberikan kepada dua anak mereka, Humairah dan Umar pada setiap bulan.
Untuk rekod, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun disahkan bercerai pada 27 Julai lalu.
Hafidz Roshdi kemudian berkahwin pula dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada Disember 2023.
Hasil perkongsian hidup bersama Shuhada, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.
Komen netizen
Sumber: Instagram Hafidz Roshdi