berita

Netizen Nampak ‘Baby Bump’ Masa OOTD, Syak Isteri Remy Ishak Hamil?

February 28th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Rakaman terbaru isteri kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusoff menarik perhatian ramai orang apabila ada yang mendakwa nampak bentuk ‘baby bump’ pada perutnya.

Artikel Berkaitan: Remy Ishak & Isteri Sibuk Dengan Kerja, Mula Fikir Soal Anak Bila Ramai Tanya – ‘Kami Pun Tak Pernah Bersembang Perkara Ini’

Macam mengandung

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@ezzarl)

Menerusi video yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG), Ezza berkongsi Outfit Of The Day (OOTD) menggayakan dress berwarna merah jambu.

Perkongsian itu membuatkan rata-rata peminat teruja dan mula bertanya sama ada penampakan yang dilihat itu adalah ‘baby bump.’

@nurshakila_ibharim: Akak preggy (mengandung) ke?

@lasendra8910: Comelnya..macam nampak penampakan baby bump.

@milahmail: Macam mengandung.. Tahniah.

Di samping itu, aktres Fasha Sandha juga meninggalkan komen seakan memberi petunjuk apabila meletakkan emoji botol susu.

Yeay dah guna beg saiz besar, petanda baik tu. Nak kena isi macam-macam nanti (emoji botol susu).

Cuba hubungi empunya badan

Dalam pada itu, OhBulan! masih cuba mendapatkan jawapan daripada pelakon drama Pujaan Hati Kanda mengenai dakwaan tersebut.

Menerusi temu bual pada Januari lalu, pemilik nama Mohammad Zalimei mengakui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata selepas kerap kali ditanya orang sekeliling tentang zuriat.

Terdahulu, Remy dan Ezza telah selamat melangsungkan pernikahan pada 21 Ogos 2021 setelah sembilan tahun mengenal hati budi masing-masing.

Sumber: Instagram @ezzarl

SKIP THIS AD ×