Selepas penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz diumumkan sebagai juara program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), platform media sosial menjadi panas apabila rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan kedudukan keenam Aweera.
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Juara GV8, Wang Tunai RM100,000 Jadi Milik
Artikel Berkaitan: ‘Dari Gegar Vaganza Musim 1 Hingga 8, Semua Lagu Peserta Yang Pilih’ – Tok Ram
Salah pilih lagu
Ketika ditemui OhBulan!, ketua juri GV8, Datuk Ramli MS menekankan punca Aweera jatuh ke tangga keenam adalah disebabkan pemilihan lagu. Tegas Ramli atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tok Ram, Aweera telah tersalah pilih lagu.
Nombor satu pemilihan lagu salah. Lagu duet tu lagu perempuan.
Kalau pada saya if lagu untuk minggu berikutnya keluar, saya tak tahu dan bila dah keluar, dah tak boleh buat apa-apa.
Jadi, bila rakan duet perempuan akan ada masalah besar range, sebab lagu tu lagu perempuan. Kalau dia menyanyi dengan lelaki okey. That song bukan dia execute very well.
Salah rumah
Ketika konsert akhir, Aweera menyanyikan lagu Beggin (The Four Season) untuk solo, manakala Sepi (Aina Abdul) duet bersama Liza Hanim manakala segmen ‘batte’ bersama Aliff Aziz menerusi lagu Bangun (Aman Ra).
Dalam pada itu, suami kepada penyanyi Datin Alyah menyatakan persembahan solo Aweera untuk lagu ‘Beggin’ tidak memuaskan.
Dengan jiwa rock masuk dalam balada, salah rumah la pada saya. Lagu Beggin so so. Rap pula, other people better than him.
Terdahulu, Aliff menumpaskan lima peserta lain dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan Piala Gegar Vaganza.
Aliff mendendangkan Sampai Syurga secara solo dan lagu Dealova duet bersama Hafiz Suip, manakala segmen ‘battle’ berentap bersama Aweera menerusi lagu Bangun (Aman Ra).
Foto: Azrul Rafie