berita

Netizen Panas Punggung Dengan Perkongsian USA, Lana Nordin; Tak Payah Tengok Nanti Mengundang Drama

September 23rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Kerap kali berkongsi video kehidupan di Amerika Syarikat (AS), pelakon Lana Nordin mendedahkan ada segelintir netizen yang tidak gemar menonton.

Artikel Berkaitan: Bengang Terima Banyak Cacian & Hinaan, Lana Nordin Belanja Video ‘Bye Bye Bye’ Bukti Dah Sampai AS – ‘Tiada Sebarang Kabel, Ini Semua Kabel Allah’

Artikel Berkaitan: ‘Buat Masa Sekarang Aku Pilih Hujan Emas’ – Lana Nordin Seronok Bebas Tanpa Diskriminasi Di USA, Netizen Pula Tak Senang Duduk

Tak suka jangan tengok

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Lana, 41, menasihati kepada individu yang tidak senang hati itu untuk tidak melihat setiap perkongsian yang dibuatnya.

Tegas pemilik nama Mazlina Hasan Nordin, dia berhak untuk berkongsi apa saja yang diinginkan memandangkan itu adalah Instagram miliknya.

Kepada yang ‘bernanah’ tengok video-video saya, saya nasihatkan tak payah tengok sebab nanti mengundang drama.

Saya tidak minta anda ikuti, lagipun engkau orang kata saya suam-suam kuku, tetapi datang juga tengok IG saya, dah kenapa?

Suka saya nak kongsi apa pun! Apa pasal? Tak boleh terima kenyataan?

Korang yang panas punggung kenapa?

Dalam pada itu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim mempersoalkan tindakan pengikut yang mengecam dirinya sedangkan dia hanya memenuhi permintaan mereka yang ingin melihat keadaan sebenar di sana.

Bila saya ‘cuit’ dan kecam, ada saya bising dekat IG engkau orang? Sekarang bila saya balik sini, kongsi, korang pula yang panas punggung kenapa?

Sebelum kecam saya dahulu kamu tak fikir, sekarang tiba masa saya bagi keadaan sebenar kamu cakap saya riak pula? Bukan korang nak sangat tau sini macam mana ke??

Sumber: Instagram @lananodinmckienzie

SKIP THIS AD ×