Pendakwah bebas, Da’i Syed Iqmal kini tampil dengan imej warna rambut baru dan berjambang selepas dilanda kontroversi panas.
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Jumpa Jarum & Duit Syiling Di Rumah, Ustaz Dedah Perempuan Yang ‘Hantar’ – ‘Saya Diberikan Air Bacaan Yasin Dan Air Garam’
Tak salah pun pakai inai
Ketika ditemui OhBulan!, Syed Iqmal, 26, menyatakan dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia mewarnakan rambut menjadi perang.
Katanya, imej barunya ini telah dibuat sejak tahun lepas dan sekadar untuk nampak lebih yakin di khalayak ramai. Malah, pemilik nama Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berkata tidak timbul masalah untuk seorang pendakwah bebas mewarnakan rambut kerana hanya menggunakan inai.
Saya akui mewarnakan rambut dengan menggunakan inai. Sebenarnya, saya buat ini ketika diri dilanda dengan segala musibah yang berlaku pada tahun lepas. Saya jadi tak yakin nak jumpa dengan orang.
Bila saya perangkan rambut ini, ubah sikit imej dan penampilan, adalah rasa yakin sikit. Tak salah pun sebab saya pakai inai, bukan guna produk yang menghalang air atau yang menyukarkan saya untuk berwuduk atau mandi wajib.
Ramai tanya bila nak kahwin
Sementara itu, pelantun lagu Ya Habib dan Albi Nadak tidak menolak kemungkinan akan mengubah penampilan dirinya pada masa akan datang mengikut situasi.
Diusik mengenai perancangan kahwin, Syed Iqmal memilih untuk memberi fokus kepada keluarga dan kerjaya dahulu.
Contohnya, mungkin saya akan potong rambut pendek jika saya sudah jodoh, siapa tahu bukan? Tapi tentang perkara ini, saya serah pada Allah SWT. Buat masa sekarang, apa yang saya boleh katakan, saya mahu fokus pada keluarga.
Ramai saja yang tanya saya bila nak kahwin…Contohnya bila saya balik kampung. Tapi, tak apalah, saya mahu fokus pada keluarga dulu.
Bukan klise…Memanglah saya ada hasrat nak juga kahwin satu hari nanti. Insya-Allah, kalau ada nanti saya beritahu.
Syed Iqmal ditemui pada majlis pelancaran gincu BlackRevfa keluaran usahawan kosmetik sensasi, Joy Revfa yang diadakan di Sky Glass, Sky Park, pada Ahad.
Tak mudah bawa status janda
Dalam pada itu, Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin diaju persoalan bagaimana terus bangkit selepas berdepan dengan kemelut hubungan tak berpanjangan.
Perceraian dengan bekas suami menerusi perkahwinan kedua sudah hampir empat tahun. Perkahwinan pertama pun bertahan dua tahun.
Saya terus bangkit dan segera ‘move on’ demi anak tunggal. Malah perasaan itu turut didorong keinginan yang sangat kuat dan rasa bertanggungjawab nak membantu lebih ramai wanita termasuk ibu tunggal seperti saya di luar sana lebih berjaya.
Saya bagai beroleh kekuatan dan ingin mencabar diri menjadi yang terbaik. Menjadi ibu tunggal, ada dua perkara yang harus kita hadapi iaitu harus lawan dan kalahkan apa juga cabaran mendatang. Ia bertitik tolak kepada rasa takut dan tak mampu.
Gincu berkualiti antarabangsa ini boleh dibeli dengan harga mampu dimiliki serendah RM59.90.
Sumber: Instagram @daisyed_