berita

Netizen Pertikai Keputusan Peserta Mara Ke ‘Final’ GV8, Ini Jawapan Tok Ram – ‘Shidee Memang Sudah Dijangka, Juri Sebulat Suara ..’

January 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Enam peserta telah diumumkan untuk mara ke minggu akhir Gegar Vaganza 8 (GV8) pada malam tadi. Perjuangan penyanyi Shidee dan Ani Mayuni terhenti selepas gagal merebut tempat.

Keputusan sebulat suara

Ketika ditemui OhBulan!, juri tetap GV8, Datuk Ramli MS menyatakan persembahan kedua-dua bintang yang tersingkir pada konsert separuh akhir ini tidak memuaskan.

Kata Ramli atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tok Ram, Shidee dan Ani Maiyuni tidak menjalankan tugasan (lagu) yang diberikan dengan sebaik mungkin apabila mempersembahkan nyanyian yang tidak begitu bagus.

Sepertimana semua lihat, markah kedua-dua mereka (Shidee & Ani Maiyuni) merupakan paling rendah. Shidee memang sudah dijangka, manakala nyanyian Ani kedua-dua lagu tidak begitu bagus. Lagu slow dan fast macam berlenggang.

Malah kata pengarah muzik terkenal, keputusan menyingkirkan dua peserta ini bukan datang daripada dia seorang tetapi dipersetujui sebulat suara oleh barisan juri.

Juri sebulat suara dan kalau tengok pengiraan markah pun agak sepadan dengan persembahan mereka. Execution persembahan mereka juga tidak begitu bagus.

Shidee yang menyanyikan lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) dan Kerna Dia (Yassin Sulaiman) gagal menempatkan diri ke pentas akhir minggu hadapan apabila memperoleh markah terendah 58.3%.

Manakala, Ani Maiyuni pula hanya memperoleh markah sebanyak 61%, menjadi peserta yang turut mengikut jejak langkah Shidee tersingkir pada minggu separuh akhir.

Sejurus selepas keputusan diumumkan, laman media sosial terutama di Twitter dipenuhi ciapan daripada warganet yang tidak berpuas hati. Ada yang berpendapat posisi Aliff Aziz dan Adibah Noor seharusnya digantikan dengan Ani Maiyuni.

Juara sukar diramal

Ditanya sama ada juara GV8 tahun ini sukar diramal, suami kepada penyanyi Datin Alyah ini mengiyakan soalan terbabit.

Boleh dikatakan ya. Sesiapa saja boleh jadi. Saya melihat ada dua nama yang saya tak nak kongsi.

Selain Tok Ram, GV8 turut diadili oleh Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang. GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu.

Foto: Azrul Rafie

SKIP THIS AD ×