Pelakon Rita Rudaini memberitahu anak sulungnya, Airit Rayyan menyuarakan hasrat untuk membotakkan rambut namun dia tidak mengizinkan.
Artikel Berkaitan: PRU15: Anwar Ibrahim ‘Tweet’ Gunting Rambut Pukul 10:22 PM, Netizen Dakwa Petunjuk Bakal Jadi Perdana Menteri
Kacak macam Aidil
@ritrud727Bila dia request nk botak..tp mommy ckp enuff setakat tu ?? original sound – Rita Rudaini
Menerusi akaun TikTok, Rita menyatakan dia lebih suka anaknya itu tampil dengan imej rambut pendek dan kemas. Dalam hantaran tersebut, aktres berumur 46 tahun itu memuat naik video Rayyan tersenyum manis.
Bila dia minta nak botak, tapi mommy cakap cukup setakat itu.
Memang bapa dia
Dalam pada itu, di ruangan komen, ada netizen yang memuji dengan ketampanan Rayyan yang saling tidak tumpah seperti bekas suaminya, Aidil Zafuan yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).
Maaf ya nak cakap hensem boy. Muka ayah dia. Jangan marah ya.
Pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar berkata tidak ada sebab untuk dia melenting dengan perkara betul.
Nak marah buat apa dah memang itu bapa dia. Bekas suami kepada mommy dia.
Terdahulu, Rita dan Aidil berkahwin pada 2008 namun pasangan itu bercerai pada September 2013.
Selain Rayyan, mereka dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 11 tahun.
Sumber: TikTok @ritrud727