Gambar sekadar hiasan
Demi hidup bersama, seorang wanita sanggup berkomplot dengan kekasih untuk membunuh suami sendiri. Lebih teruk, mereka menggunakan senjata tajam.
Artikel Berkaitan: Isteri Maut Di Tangan Suami Dengan 6 Kesan Hentakan, Dipercayai Guna Tukul Besi
Artikel Berkaitan: Berang Disuruh Jimat Air, Suami Sanggup Tikam Isteri Berkali-Kali
Hapus bukti dengan garam
Gambar sekadar hiasan
Kejadian yang berlaku di Purulia, Bengal Barat India itu menyaksikan wanita tersebut bersama kekasihnya menuang garam ke atas badan mangsa untuk menguraikan tubuhnya supaya bukti dapat dihapuskan sebelum mereka menanam mayat mangsa.
Walau bagaimanapun, pembunuhan itu akhirnya diketahui oleh anak lelaki mangsa yang telah menemui mayat bapanya dan segera membuat laporan polis.
Pihak polis kemudian membongkar kes tersebut dengan menangkap wanita itu yang akhirnya mengaku telah membunuh suaminya setelah hubungan sulitnya diketahui.
Selepas insiden pembunuhan itu, kekasih wanita berkenaan lari bersembunyi sambil menunggu kes tersebut reda namun pihak polis berjaya mengesan keberadaannya lalu dia juga diberkas sebagai suspek kedua.
Kekasih wanita itu kemudian dihadapkan ke mahkamah dan direman polis selama lima hari.
Sumber: India Today