berita

Netizen Puji Ernie Nyanyi Lagu Casablanca Dalam Sepahtu Reunion, Cakap Lagi Sedap Daripada Nuha

July 15th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: erniezakrivocals

Lagu Casablanca nyanyian Nuha Bahrin bersama Naufal Azrin menjadi siulan ramai selepas dilancarkan secara rasmi lebih kurang sebulan lalu. Ramai juga penyanyi lain turut merakam ulang (cover) lagu itu. Namun paling mencuri perhatian ialah persembahan Ernie Zakri menyanyikan lagu tersebut ketika muncul menerusi sebuah rancangan televisyen.

Artikel Berkaitan: Netizen Komen ‘Terkucil’ Nyanyi Casablanca Masa Live, Nuha Bahrin Mengaku Susah Kawal Gementar

Casablanca versi Ernie

Foto: erniezakrivocals

Menerusi video yang dikongsi peminat, Ernie Zakri yang tampil sebagai artis jemputan dalam Sepahtu Reunion dilihat sedang mengadakan latihan sebelum bersiaran langsung. Lebih menarik, Ernie menyanyikan lagu Casablanca dengan cara tersendiri.

Dalam video berasingan pula, Ernie dilihat sedang menyanyi lagu tersebut dalam satu babak dia sedang mengelap meja di kedai makan ketika sesi siaran langsung. Tanpa mengubah irama lagu asal, Ernie berjaya melantunkan lagu tersebut dengan baik sekali.

Rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu kini sedang hangat dibualkan wargamaya dek kerana kemerduan suara Ernie Zakri menyanyikan lagu hit tersebut. Malah, ada yang memuji Ernie menyanyikan lagu tersebut dengan baik sekali jika dibandingkan dengan penyanyi asal.

Video penuh

@erniezakrivocals Sepahtu reunion malam ini ! #erniezakri #casablanca #ezvocal #fyp #fypage #fyp? ? original sound – Ernie Zakri Vocals

@erniezakrivocals Casablanca cover by Kak Ninie ! ? Siapa dah tengok full tadi ? #erniezakri #casablanca #sepahtureunion #fyp #fypage #fyp? ? original sound – Ernie Zakri Vocals

‘Sedap lagi dari penyanyi asal’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pujian dan terpesona dengan persembahan Ernie dalam rancangan tersebut. Ada juga yang meminta Ernie merakam ulang (cover) lagu tersebut bersama suaminya, Syamel.

Sumber: erniezakrivocals

SKIP THIS AD ×