Pelakon Harris Annuar selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan model, Asha Merican pada 11 Jun lalu selepas empat tahun menyulam asmara.
Artikel Berkaitan: Empat Tahun Menyulam Cinta, Harris Annuar Sah Milik Asha Merican
Artikel Berkaitan: Bibir Harris Annuar Bengkak Kena Sengat Tebuan Tanah, Terus Jadi ‘Seksi’ Kalah Angelina Jolie – ‘Saya Sekarang Di Tahap Dua Alergik’
Adab pergaulan
Baru-baru ini, Asha ada membuka ruang ‘Ask Me A Question’ kepada pengikut di Instagram (IG) miliknya.
Antara soalan yang diajukan oleh individu yang tidak diketahui identiti itu adalah mengenai batas pergaulan antara Asha dan Harris sepanjang perkenalan.
Harris memang tak pegang awak langsung eh sebelum kahwin, such a good man la.
Membalas pertanyaan tersebut, aktres berumur 25 tahun itu menyifatkan Harris seorang jejaka yang sangat baik.
Pelakon drama The Hotel ini turut berkongsi foto yang diambil pada 12 Disember 2021 yang membuktikan pasangan ini menjaga fitrah lelaki dan perempuan.
Bercinta senyap-senyap
Dalam pada itu, Asha menyatakan mereka tidak menyembunyikan kisah percintaan kerana Harris pernah berkongsi tangkap layar (screenshot) video call bersama di Instagram Stories.
Terdahulu, Harris nekad memperisterikan Asha kerana keperibadian yang dimiliki hampir sama dengan ibu tercintanya, usahawan popular Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton.
Sumber: Instagram @ashamerican