Perkongsian terbaharu di Instagram milik pelakon, Puteri Sarah mencuri perhatian ramai selepas dia memuat naik gambar mengenakan busana serba putih persis seorang pengantin.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Fail Balik Tuntutan Nusyuz Terhadap Syamsul Yusof
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Didakwa Pernah Diceraikan Sebanyak 2 Kali Pada 2020?
Artikel Berkaitan: ‘Bertahun Puteri Sarah Menunggu Kepulangan Suami’ – Patimah Ismail
Menerusi perkongsian tersebut, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, sedang duduk di dalam sebuah masjid seperti menunggu untuk diijabkabulkan.
Difahamkan, aktres itu mengenakan pakaian serba putih untuk menjalani sebuah penggambaran drama yang dibintangi.
Tidak meletakkan sebarang kapsyen yang panjang, ibu kepada dua cahaya mata itu hanya meninggalkan emoji berbentuk hati berwarna putih sahaja.
‘Mujur tiada stokin bola’
Sementara itu, rata-rata warganet yang singgah ke ruangan balas memuji kecantikan Sarah selain ada yang berkata aktres itu jauh lebih jelita berbanding madunya, Ira Kazar.
Malah, warganet sempat berseloroh mengatakan mujur aktres itu tidak memakai stokin jenis bola seperti yang digayakan oleh Ira Kazar sewaktu majlis pernikahanya bersama Syamsul Yusof, di Thailand.
Terdahulu, mencuit hati orang ramai selepas netizen mendapati ada sesuatu yang pelik pada gambar perkahwinan Ira Kazar dan Syamsul.
Mana tidaknya, dengan ketajaman mata netizen, mereka mendakwa Ira mengenakan stokin jenis bola sewaktu akad nikah dengan pengarah filem Munafik itu.
Malah ada yang mendakwa stokin yang disarungkan oleh anak kepada pelakon vateran, Kazar Saisi itu adalah stokin bola kepunyaan suaminya.
Sumber: Instagram