Pelakon Puteri Sarah Liyana membalas balik permohonan nusyuz terhadap suaminya, Syamsul Yusof yang merupakan pengarah sensasi, hari ini (Isnin).
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Respon Netizen Kata ‘Posing Cangkung’ Macam Madu, Dedah Dipaksa Ubah Fesyen Selepas Kahwin
Artikel Berkaitan: Dakwaan Syamsul Lafaz Talak Dua Kali Kepada Puteri Sarah, Peguam Lakukan Siasatan
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Didakwa Pernah Diceraikan Sebanyak 2 Kali Pada 2020?
Sikap tidak bertanggungjawab
Menurut peguam bela iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, Puteri Sarah turut memfailkan selepas Syamsul melakukan tuntutan pada 21 Mac lalu.
Kata Akberdin, antara tuntutan nusyuz yang difailkan Puteri Sarah adalah sikap tidak bertanggungjawab Syamsul namun terma-terma secara terperinci tidak boleh dikongsikan.
Kita sudah memfailkan tuntutan pembelaan nusyuz yang difailkan Syamsul dan pada masa sama pihak kita juga (Puteri Sarah) turut memfailkan tuntutan balas iaitu tuntutan nusyuz terhadap Syamsul.
Akberdin berkata demikian selepas sebutan kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada pagi Isnin.
Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku defendan telah memasukkan pernyataan pembelaan pada 21 Mac lalu selepas tuntutan itu diterima pada 24 Mac lalu.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd. Rais berkata pihaknya akan meneliti sebelum memfailkan pembelaan terhadap tuntutan itu.
Pada tarikh sebutan semula kes hari ini, Syamsul dan Puteri Sarah tidak hadir dan hanya diwakili peguam syarie masing-masing.
Semasa prosiding, Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee kemudian telah menetapkan 14 Jun ini bagi sebutan semula kes.
Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada tahun 2014. Hasil pasangan tersebut, mereka dikurniakan dua anak iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah.