berita

Netizen Serang Akaun Instagram, Miera Liyana Respon – ‘Kang Peah Singa Datang Rotan Baru Tau’

February 7th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelakon Miera Liyana menjadi panas selepas madunya, Adibah Abdul Mutalib, mendedahkan suami, Rosland Othman menyekat nombor telefon serta culas menunaikan bayaran nafkah kepada keluarga.

Artikel Berkaitan: Suami Miera Liyana Sekat Nombor Telefon Isteri Pertama, Tak Bayar Nafkah Lebih Setahun

Artikel Berkaitan: ‘Pergi Bercuti Ke Vienna Boleh, Bayar Nafkah Tak Reti’ – Anak Tiri Miera Liyana Nak Keadilan Untuk Ibu

Kesian bini pertama

Susulan pembongkaran itu, akaun Instagram (IG) Miera telah dibanjiri komen netizen yang menggesanya untuk menasihati Rosland agar bersikap adil dengan keluarga pertama.

Ada juga segelintir yang baru mengetahui bahawasanya aktres berumur 30 tahun ini sebenarnya adalah isteri kedua.

Hasil pemerhatian OhBulan!, rata-rata warganet meninggalkan komen di foto percutian Miera bersama suami dan anak perempuan, Rachel Aisyah, ketika di Austria.

Sis perhati saja netizen

Sementara itu, menerusi Instagram Stories, pemilik nama Miera Leyana Kasmi dilihat memuat naik klip video pendek ketika berlakon dalam telefilem komedi Peah Singa yang ditayang pada tahun 2017.

Dalam hantaran tersebut, anak kelahiran Johor Bahru ini seakan memberi amaran kepada netizen yang sudah menyerang akaun miliknya sejak Sabtu lalu.

Hasil pemerhatian OhBulan!, Miera juga bertindak menutup ruangan komen pada entri yang dimuat naik pada 9 Januari lalu.

Sebelum ini, Adibah mendakwa Rosland tidak lagi melayannya seperti seorang isteri sejak berkahwin dengan Miera pada 26 Julai 2020.

Untuk info, Miera berkahwin dengan Rosland yang merupakan seorang usahawan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×