berita

Netizen ‘Simpati’ Dengan Ira Kazar, Majlis Kahwin Tak Macam Syamsul Yusof & Puteri Sarah

January 7th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Gara-gara berita sensasi berhubung pernikahannya dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof semalam, nama Ira Kazar terus menjadi perhatian wargamaya sehingga menjadi ‘trending’ di laman Twitter.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah, Pulang Ke Rumah Agar Kita Dapat Berbincang’ – Akhirnya.. Syamsul Yusof Mengaku Nikah Dengan Ira Kazar

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Menantu Kesayangan Saya, Harap Syamsul Adil Kalau Jodoh Masih Kekal – Yusof Haslam

Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Gantikan Ayah Lebih Baik Untuk Cucu-Cucu Saya – Ibu Syamsul Yusof

Bukan itu sahaja, nama suaminya, Syamsul turut sama ‘trending’ di platform terbabit.

‘Simpati’?

Meninjau ke ruang ciapan dalam aplikasi berkenaan, Ira menerima pelbagai kecaman dan kata-kata negatif daripada netizen. Namun, di sebalik tohaman yang dilemparkan itu, ada juga pengguna yang ‘bersimpati’ dengan nasib isteri kedua, Syamsul Yusof ini.

Mana tidaknya, buat perkahwinan kali pertama, Ira sama sekali tidak berpeluang merasai busana pengantin atau majlis pernikahan yang sewajarnya. Malah, acara pernikahan tersebut juga dilakukan di Thailand tanpa saudara mara dan sahabat handai.

Sedihnya jadi Ira Kazar! Dahlah kali pertama berkahwin, tidak ada majlis rasmi, baju nikah pun tangkap muat. Nikah pun kat Siam je, keluarga mentua pun tak sokong. Berbanding dengan pernikahan Puteri Sarah dulu beza jauh langit dari bumi.

Dalam masa sama, salah seorang pengguna Twitter turut memuat naik kembali video anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi, sedang bergelek yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini seolah-olah sengaja menegangkan lagi situasi. Perkongsian tersebut turut dibanjiri komen-komen negatif daripada warganet.

Tutup media sosial

Sementara itu, difahamkan, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin kini telah menyahaktifkan akaun media sosialnya termasuk TikTok dan Instagram.

Sumber: Twitter @mayyrawrrr@MuhammaKadam

SKIP THIS AD ×