Segala teka-teki akhirnya terjawab apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof kini mengaku sudah pun selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Ira Kazar hari ini.
Artikel Berkaitan: Kawan Baik Bengang Netizen Kecam Puteri Sarah Buka Cerita, Dedah Sikap Syamsul Kuat Cemburu, Suka Gaduh, Mengongkong
Artikel Berkaitan: Tiada Maaf Bagi Mereka Yang Meruntuhkan Kebahagiaan Sebuah Keluarga! – Ibu Syamsul
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dakwa Syamsul Yusof & Ira Kazar Kahwin Senyap-Senyap Di Thailand?
Nikah di Thailand
Kredit foto: Harian Metro
Menerusi satu perkongsian di Instagram milik pengarah ini, dia memaklumkan pernikahan tersebut telah berlangsung di Thailand dengan berwalikan bapa kepada isterinya iaitu, Kazar Saisi. Malah, Syamsul juga menjelaskan bahawa perkahwinan mereka telah didaftarkan di Malaysia.
Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan.
Bukan itu sahaja, anak kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam ini turut meluahkan rasa syukur kerana telah selamat mendirikan rumah tangga secara rasminya pada 6 Januari 2023.
Walau bagaimanapun, Syamsul juga memberitahu, Puteri Sarah Liyana masih lagi isterinya yang sah. Di samping itu, pengarah filem Mat Kilau ini amat mengharapkan kepulangan isteri pertama dan anak-anaknya ke pangkuan dia semula.
Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.
Apa saja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya. Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Syamsul Yusof