berita

Netizen Suruh ‘Getback’ Dengan Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad Mohon Hormati Keluarga – ‘Dia Belum Cerai Lagi, Masih Pegang Status Isteri’

January 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Gara-gara memberi kata semangat kepada Shila Amzah yang sedang diambang penceraian, rata-rata wargamaya mula mendoakan agar pelakon Sharnaaz Ahmad dan penyanyi tersebut kembali bersama.

Artikel Berkaitan: ‘Setiap Dugaan & Ujian Ada Ganjaran’ – Sharnaaz Ahmad Beri Kata Semangat Buat Shila Amzah

Artikel Berkaitan: Peminat Kecewa Sharnaaz Ahmad Beritahu Nak Nikah, Rupanya Itu Foto Ketika Majlis Kawan Baik – ‘Saya Masih Single, Boleh Sambung Try’

Tak sesuai doa kami ‘getback’

Ketika dihubungi OhBulan!, Sharnaaz menyifatkan doa itu tidak sesuai untuk situasi sekarang memandang Shila masih bergelar seorang isteri.

Kata pelakon berumur 37 tahun ini, peminat juga perlu menghormati Shila dan ahli keluarganya.

Doa itu bagus. Tapi rasanya tak sesuai buat masa sekarang untuk mendoakan yang agak mendesak. Sebab Shila masih memegang status isteri.

Shila belum cerai lagi. Jadi, kena la hormati keluarga Shila dan dia juga. Dulu pun kami pernah bertelagah tapi benda dah lama. Masing-masing dah tua pun.

Pentingkan anak

Tambah pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, dia memohon agar semua pihak memberi ruang kepada Shila untuk dia mengharungi dugaan yang menimpa.

Saya punya ‘turn’ dah lepas. Sekarang bagi Shila ruang untuk dia hadapi dugaan ini. Percayalah, setiap dugaan yang Allah bagi, insya-Allah ada ganjaran yang lagi besar selepas ini. Jadi nak taknak, kena hadap.

Strong is only option. I’m build with tank dan saya yakin Shila is build like a tank too.

Dalam pada itu, pelakon drama I Promise Janji Anaqi percaya Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah seorang wanita yang kuat. Tegasnya, apa yang perlu diutamakan sekarang adalah anak, bab rezeki usah risau kerana dia akan datang di kemudian hari.

Dia kuat, insya-Allah dia akan okey. Jangan pedulikan orang luar. Apa yang penting sekarang adalah anak. Yang lain boleh usaha sendiri dengan tulang empat kerat.

Terdahulu, Shila mengejutkan ramai orang apabila mendedahkan dia sudah memfailkan penceraian dengan suami, Haris Idraki Elias. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shila berkata sudah dua bulan dia keluar daripada rumahnya di Cyberjaya dan kini menetap di rumah orang tuanya di Hulu Langat.

Shila berkahwin dengan Haris pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais, 1, tahun.

Sumber: Instagram @sharnaazahmad

SKIP THIS AD ×