Nampak gayanya netizen tidak bergurau dengan kata-kata mereka yang ingin berhenti mengikuti pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Syamimia di TikTok miliknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamimia Mohon Maaf Tak Guna ‘Pengaruh Besar’ Sebar Kesedaran Isu Palestin, Netizen Terus Kecam & ‘Unfollow’
Artikel Berkaitan: Dikecam Duduk PPR Tapi Hidup Mewah, TikToker Dedah Rumah Milik Arwah Ibu – ‘Berhenti Belajar Bayar Hutang’
Hilang 157k followers
Ini terbukti jelas apabila pengikut di TikTok Syamimia yang sebelum ini seramai 1,100,00 sudah menurun kepada 943,000. Ia sekali gus memperlihatkan seramai 157,000 orang sudah menekan butang ‘unfollow’.
Tindakan netizen berbuat demikian susulan isu Syamimia yang enggan menggunakan pengaruh dan platform media sosialnya untuk menyebarkan kesederan mengenai pergolakan yang sedang berlaku di Palestin.
Syamimia berkata, dia mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dan tidak menggunakan pengaruhnya berkongsi tentang isu itu di media sosial.
Menurut Syamimia, dia ada berhasrat untuk memberi sumbangan seperti yang dilakukan oleh beberapa pempengaruh lain yang mempunyai nama besar, tetapi buat masa ini dia hanya mampu mengirimkan doa kepada rakyat Palestine.
Video itu bagaimanapun dipadam selepas mendapat kritikan dan kecaman bertalu-talu netizen yang tidak bersetuju dengan penjelasannya itu.
Syamimia kemudiannya menerusi siaran langsung pada malam Isnin tampil memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai di atas penjelasannya yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia terasa hati.
Meskipun sudah memohon, namun segelintir netizen masih tidak dapat menerima permohonan maaf tersebut. Malah, ada yang bertindak menekan butang ‘unfollow’ di TikTok milik Syamimia.
Sumber: TikTok