Pengarah Michael Ang tampil memberi pendapat peribadinya mengenai fesyen ‘old money’ yang menjadi trending di media sosial sejak beberapa hari ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wak Doyok Tayang Fesyen ‘Old Money’, Netizen Tanya Tak Nak Beli TRX Ke? – ‘Mengarut Sangat Tu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Tubuh Geng ‘Old Money’, Netizen Komen – ‘Benda Ini Tak Boleh Dibuat-Buat’
Takkan dapat jadi old money
Menurut Michael Ang, kebanyakan orang old money di Malaysia terdiri daripada golongan apek dan pak cik-pak cik yang minum kopi dan tidak payah pergi kerja.
Awak takkan dapat jadi old money macam mana kau cuba pun atau pakai baju macam Malaysia ni ada empat musim dan buat video sampai berpeluh-peluh. Sebab nak jadi old money awak kena lahir dalam keluarga old money!
Kebanyakan orang old money Malaysia adalah apek dan pak cik minum kopi pagi-pagi. Tak payah pergi kerja. Duduk silang kaki atau pergi popmart beli satu kedai.
Tambah Michael, dia berharap netizen tidak memberi kutukan terhadap individu yang mahu menjadi old money.
Sebab dia tak ada modal dah nak viral, jadi saja buat orang mengata untuk dia relevan balik semenjak papan putih dan guna anak tak jalan, kena cari hate marketing yang baru. Takkan netizen tak nampak yang dia nak korang kutuk dia.
Tak ada modal
Sumber: Michael Ang