berita

Netizen Tak Setuju Caprice Samakan Bisnes Tudung Dengan Produk Kecantikan

January 26th, 2018 | by Ai
Isu & Kontroversi

Kebelakangan ini, nama penyanyi rap, Caprice sering kali menjadi perbualan hangat dek kerana kelantangannya menyuarakan pendapat mengenai isu semasa yang berlaku di sosial media. Bermula daripada isu menegur ustaz sehinggalah yang terkini mempertahankan pasangan usahawan kosmetik, Syafiqa Aina dan Hafiz Mahamad.

Caprice menerusi Instagramnya menasihati pasangan tersebut supaya tidak mengendahkan netizen yang sering mengecam produk mereka. Dia turut berkata, syarikat besar seperti Nike dan Adidas juga tidak menunjukkan kilang atas dasar pemasaran. Namun, berbeza pula kali ini apabila kebanyakan netizen nyata tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Caprice itu.

Biarkan mulut mereka mengkritik

https://www.instagram.com/p/BeZjuxpjsx1/?hl=en&taken-by=capriceofficial

Tambah Caprice, artis pujaan ramai yang menjual produk seperti tudung juga mengambil produk tersebut daripada pengeluar dan melabelkannya semula sebagai produk mereka sendiri.

Netizen tidak bersetuju

Jangan samakan tudung dengan produk kecantikan

Pengguna ada hak

Sumber: Caprice

SKIP THIS AD ×