Pelakon Emma Maembong berkongsi kisah doanya pada tahun 2019 yang diangkat satu per satu mengikut permintaan diri.
Artikel Berkaitan: ‘Suami Pernah Terasa Apabila Dituduh Tidak Pandai Jaga Isteri’ – Emma Maembong
Artikel Berkaitan: ‘Saya Memang Nak Anak Ramai, Selepas Pantang Dah Cuba’ – Emma Maembong
Artikel Berkaitan: Suami Peluk Pinggang Fara Mendoza, Emma Maembong Menari Di Kelab Malam?
Doa dipercepatkan jodoh
Menerusi hantarannya di laman Instagram, Emma menyatakan bahawa dia memohon doa agar dipercepatkan jodoh pada tahun 2019 di hadapan Kaabah dan doanya diangkat pada tahun seterusnya.
2019 Emma berdoa depan Kaabah untuk percepatkan jodoh, dan setahun kemudian, Allah makbulkan doa Emma. Emma kahwin pada 2020 dan dikurniakan cahaya mata dalam tahun yang sama.
Sekali lagi, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Binti Ismail dijemput ke Mekah untuk menunaikan ibadah bersama suami, Muhammad Shazli Azhar dan anaknya, Shariq Gabriel.
Susulan daripada itu, pelakon tersebut meluahkan rasa syukur kerana doanya didengari dan dimakbulkan mengikut kemahuannya.
Semoga tutup aurat…
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitip doa dan harapan agar Emma dan adik beradik yang lain kekal menutup aurat.
Sumber: Instagram @emma_maembongofficial