berita

Netizen Tergamam Tengok Neelofa ‘Tangkap Lentok’ Di Bahu Zul Ariffin

February 17th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Bagi pengikut Instagram Neelofa, sudah pasti mengetahui aktres itu kini sedang sibuk di set penggambaran drama Ti Amo Sweetheart di Italy. Paling penting sudah tentulah kerana heronya adalah abang sado, Zul Ariffin. Peminat mereka malahan sudah mencipta hashtag #zulofa sebagai trademark gandingan mereka.

Ramai yang teruja dengan paduan pasangan lakon ini meluahkan rasa tidak sabar mereka untuk menanti drama itu ditayangkan di TV. Namun, semalam, ada sekeping gambar dimuatnaik pengarah drama berkenaan yang bikin media sosial kecoh!

Bila benci jadi cinta

Dalam gambar dimuatnaik pengarah itu, Neelofa dilihat agak terlentuk di bahu kiri Zul sambil memegang jaket aktor itu. Kedua-duanya menunjukkan ekspresi wajah ceria, seperti pasangan dilamun cinta gitu! Namun, tidak dapat dipastikan sama ada gambar itu diambil ketika salah satu babak atau mereka hanya berposing untuk rangka promosi.

Gambar berkenaan mengundang komen-komen negatif netizen yang terkejut dengan tindakan si cantik manis itu. Ramai meninggalkan komen, sebagai wanit bertudung Neelofa tidak sepatutnya melakonkan babak sebegitu.

Rasa malu dah hilang

Salah seorang pengikut meluahkan rasa sedihnya apabila melihat gambar itu. Akuinya, dia menghormati Neelofa sebelum ini namun gambar berkenaan menunjukkan aktres itu tidak tahu malu dan tidak menjaga maruah dirinya.

Lebih baik tak ambil watak peluk-peluk

Asal Lofa buat apa mesti kena

Bukannya berpeluk lagikan bersetubuh

Ada juga yang berpendapat kedua-dua mereka tidak berpeluk seperti disangka kerana tangan Zul di dalam poket manakala Neelofa sekadar memegang jaket Zul sahaja. Netizen ini juga cukup ‘kagum’ dengan pemerhatian peminat yang begitu teliti melihat mengalahkan profesor mengkaji kuman!

Sumber: Michael Ang

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×