berita

Netizen ‘Terkejut’ Abang Askar Jaga Pawagam, Puji Usaha Kerajaan Kekang Penularan Covid-19

March 8th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Sejak 5 Mac lalu, pawagam di seluruh Malaysia dibenarkan beroperasi semula semasa dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Artikel Berkaitan : Pawagam Bakal Dibuka 5 Mac Ini, Ramai Dah Tak Sabar Nak Tengok Movie!

Namun, semua penonton haruslah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi memastikan penularan wabak Covid-19 tidak merebak dengan lebih serius.

Pawagam dikawal oleh anggota keselamatan

Selain daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat, anggota keselamatan turut ditugaskan memantau pengunjung yang hadir ke panggung wayang bagi memastikan mereka mengikut arahan dikeluarkan.

Kami berharap dengan perkembangan kes COVID-19 di Malaysia yang menurun dan terkawal, kami akan dapat beroperasi dengan kapasiti penuh untuk membantu proses pemulihan industri ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas Group, Koh Mei Lee, langkah itu sekali gus membantu pihak pengusaha industri untuk terus menyediakan platform hiburan kepada penonton seisi keluarga.

Memang tak tenang

Di Twitter, tweet seorang individu mengenai SOP menonton filem di panggung wayang raih perhatian ramai. Rata-rata setuju dengan tweet berbaur gurauan itu yang kononnya tidak tenang menonton filem apabila dipantau pihak berkuasa. Malah, ada juga merasakan seolah-olah menjadi tahanan banduan apabila diperhatikan. Macam-macam lah korang ini..

Walau bagaimanapun, tak kurang juga yang menyokong tindakan anggota keselamatan mengawal panggung wayang bagi memutuskan rantaian wabak ini.

Sumber : Twitter

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×