Kehadiran beberapa selebriti tanah air di sebuah acara fesyen yang diadakan baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila masing-masing menggayakan busana yang agak mencolok mata.
Artikel Berkaitan: Terlalu Berkerjaya & High Maintanance Punca Lelaki Takut Mendekati? Nadia Brian; ‘Jangan Bagi Alasan’
Artikel Berkaitan: ‘Lepas Ini Pilih Watak Penyondol Kena Bertudung & Acah Suci’ – Michael Ang
Selebriti Islam
Menerusi sepotong video yang tular di laman TikTok, memperlihatkan deretan selebriti tanah air yang terdiri daripada pelakon dan penyanyi hadir pada acara tersebut.
Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian apabila selebriti berkenaan berani tampil dengan busana yang agak terdedah. Malah, ada di antara mereka yang menggunakan material seakan-akan warna kulit.
Bertambah merisaukan lagi, apabila kebanyakkan mereka merupakan selebriti wanita beragama Islam.
‘Malaysia panas sangat’
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan rasa kurang senang dengan pakaian mereka. Malah, ada juga yang merasakan tindakan barisan selebriti berkenaan seakan memberi gambaran yang tidak baik sebagai seorang Muslimah.
Dalam pada itu, masih ada juga yang bersangka baik dengan berseloroh mengatakan berkemungkinan cuaca di negara ini terlalu panas sehingga mereka memakai pakaian sedemikian.