Aktres, Nadia Brian tidak menolak kemungkinan bahawa tiada mana-mana lelaki yang berani mendekati dirinya disebabkan dia terlalu sibuk dan komited dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon dan usahawan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Adab Tak Boleh Beli’ – Nadia Brian Sedih Ditengking Depan Ramai Orang, Ahli Perniagaan Nafi Sengaja Memalukan
Artikel Berkaitan: ‘Ibu Didik Kami Adik Beradik Supaya Tidak Benci Ayah’ – Nadia Brian Berjaya ‘Switch’ Mental, Tak Simpan Dendam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadia Brian Pakai Dress Seksi Ke Majlis Perkahwinan, Netizen Pelik Dengan Fesyen Cangkuk Bra Di Leher
‘Lelaki janganlah takut’
Ketika ditemui Oh Bulan!, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, berkata hal tersebut bukan untuk dijadikan alasan oleh kaum Adam, sebaliknya beruntung kerana aktres itu mampu berdikari dan mencari sumber pendapatan sendiri,
Mungkin lelaki takut mendekati saya kerana lihat saya berkerjaya atau high mantainance. Pada mata mereka saya boleh buat segala perkara, tetapi tidak mengapa, saya bukan sejenis yang hanya berharap kepada lelaki sekiranya ada pasangan nanti.
Mungkin itu persepsi mereka, jangan lah takut atau bagi alasan, sebaliknya beruntung saya tidak akan menyusahkan sesiapa.
Ketika ditanya kriteria lelaki yang ingin dijadikan pasangan hidup, pelakon filem EVA itu menjawab calon suami haruslah mempunyai minat tentang perniagaan sama sepertinya selain memiliki sifat penyayang dan kelakar.
Bercakap fasal kriteria, sudah pun dia seorang yang perlu memahami saya ini sebagai bakal isteri dia. Saya bukan hanya seorang pelakon, tetapi seorang usahawan, dia sebagai peneman hidup perlu faham kerjaya saya sangat sibuk. Kalau lebih seronok jika dia ada minat yang sama dengan saya.
Saya mengharapkan lelaki yang minat pada perniagaan supaya sama-sama boleh memberi motivasi dan bimbing dengan misi yang sama. Link kena sama.
Selain itu, saya juga minat lelaki yang penyanyang dan kelakar. Dapat lelaki kelakar boleh buat saya gelak dan tidak stress.
Untuk rekod, Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Muizz Nasruddin pada 9 November 2019. Namun usia perkahwinan hanya kekal setahun apabila pasangan ini disahkan bercerai pada April 2020.