Sebelum ini, pelakon Sharifah Sakinah pernah memaklumkan bahawa dia menyedari menghidapi penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD selepas menamatkan zaman persekolahan.
Artikel Berkaitan: ‘Tiga Minggu Jalani Temu Duga & Beberapa Ujian’ – Sharifah Sakinah Mohon Pesakit ADHD Jumpa Doktor Bukan ‘Google’
Artikel Berkaitan: ‘Tuhan Tarik Nikmat Bebas Memandu’ – Sharifah Sakinah
Sakit tu ‘wayang’ saja
Terbaru, menerusi platform TikTok, Sakinah, 33, berkongsi tuduhan daripada seorang warganet yang mendakwa dia hanya ‘berlakon’ sakit.
Menggunakan nama @myoapple7, individu itu meminta pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired untuk menunjukkan bukti laporan kesihatan yang disahkan oleh pakar perubatan.
Wayang semata-mata. Minta dia review report perubatan. Setiap yang sakit pasti ada report perubatan. Macam saya kemurungan dengan anxiety, ada report perubatan daripada pakar.
Mana boleh kongsi kat Tik Tok
@sharifah_sakinah Reply to @myoapple7 ? original sound – Sakinah
Tidak mendiamkan diri, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri membidas dakwaan tidak berasas itu.
Kata adik kepada penyampai radio, Sharifah Shahirah, sekiranya dia memenuhi permintaan netizen itu, dia akan dicop seorang yang dahagakan perhatian.
Makcik tak kan saya nak hantar report sakit saya dekat TikTok. Kalau saya hantar, itu baru nak attention.
Sumber: TikTok @sharifah_sakinah