Nama Izreen Azminda menjadi bualan ramai di platform TikTok selepas seorang pemilik akaun memuat naik ‘content’ yang mengaitkan rumah tangga pelakon ini.
Artikel Berkaitan: Izreen Azminda Selamat Bersalin Anak Lelaki
Dah berzaman kami tak ‘follow’
View this post on Instagram
Berang dengan content negatif itu, Izreen, 36, tampil meluahkan rasa tidak berpuas hati selepas rumah tangganya difitnah.
Tegas pemilik nama Izreen Azminda Aznam, dia dan suami, Muhammad Radzi atau Ude memang tidak saling mengikuti di media sosial biarpun mereka pasangan suami isteri.
Demi secebis content, sudah berzaman kami tidak mengikuti akaun masing-masing, apa masalah?
Kami sihat sejahtera di sini. Adakah kami perlu muat naik foto bersama setiap lima minit dan baru boleh dikategori sebagai pasangan bahagia?
Nak kena ambil tindakan
Merasakan sudah keterlaluan, pelakon drama Kak Marr menyatakan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku.
Anda pula yang lebih-lebih kerana muat naik tentang perkara lalu. Sakit ke? Ingat ya, berkongsi perkara sebegini yang boleh mengundang komen-komen negatif, hinaan dan menjatuhkan aib boleh didakwa!
Semua orang sudah ada kehidupan masing-masing tetapi anda pula yang menggelabah tersekat dalam kehidupan orang lain. Sudah lama aku senyap dengan orang seperti ini, nak kena ambil tindakan juga.
Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza, anak kelahiran negeri Perlis ini memuat naik ‘boomerang’ di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur, namun tidak dapat dipastikan tujuan keberadaan dia di situ.
Terdahulu, Izreen dan Ude berkahwin pada 8 Ogos 2017 secara rahsia atas permintaan pemuzik tersebut yang ketika itu masih bergelar suami kepada Intan Liana Saleh. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mendapat dua cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim, 2, dan Ali Idrees yang dilahirkan pada 21 September lalu.
Manakala menerusi perkahwinan pertama dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada tahun 2012, Izreen dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lapan tahun.
Sumber: Instagram @izreen.azminda