Kejayaan Alif Satar menamatkan Ironman Langkawi 2019 menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya memuji selebriti itu wira sebenar. Bayangkan Alif berjaya menamatkan cabaran 3.8 kilometer berenang, 180 kilometer berbasikal dan 42 kilometer berlari dalam hanya 15 jam 5 minit. Tahniah!
Walau bagaimanapun, beberapa orang netizen mempersoalkan bagaimana peserta acara itu menunaikan ibadah wajib memandangkan tempoh yang diambil agak lama. Menerusi Instagram Alif, dia memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya sedang mengambil wuduk ketika menyertai cabaran tersebut.
Didn’t want you guys to wait too long
https://www.instagram.com/p/B4v1STjFpN3/
Menurut Aliff, di saat dia melakukan solat ketika menyertai Ironman Malaysia pada tahun ini, dia merasakan ada sesuatu benda yang baru buat dirinya. Tambahnya, ketika dia sujud, darah seolah-olah mengalir kembali walaupun keadaannya pada ketika itu sangat lemah.
Ironman Malaysia 2019
Melalui video yang dimuat naik di Youtube Alif, dia menceritakan persiapan rutin hariannya dari hari pertama persediaan sehingga dia berjaya menamatkan kesemua cabaran Ironman pada tahun ini. Menurutnya, tujuan video ini dilakukan adalah untuk memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana supaya mereka turut serta menyertai cabaran itu pada tahun hadapan.
Perkongsian Alif menerima pujian ramai termasuk rakan-rakan artis yang bangga dengan kejayaan diperolehi. Kalau sebelum ini, penyanyi lagu ‘Sesungguhnya Aku’ ini pernah menyertai pertandingan ini, namun dalam cabaran yang berlainan jarak. Untuk tahun ini, Alif menyertai cabaran penuh untuk Ironman Langkawi 2019.
Very proud of you
Rata-rata netizen dan rakan artis memuji sikap Alif Satar yang tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai umat Islam. Mereka turut mengucapkan tahniah buat Alif kerana berjaya menamatkan cabaran tersebut.
Sumber: Alif Satar