berita

Pemain Bola VS Drifter, Bila Neymar Main Bola Dengan Ken Block. Gempak Oii!

July 4th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Castrol Footkhana - Neymar Jr. v Ken Block

Pernah tengok kereta main bola sepak? Tak, kami bukan bercakap mengenai Transformers, kami maksudkan kereta sebenar.

Mungkin pernah ada sebelum ini tapi kebanyakan perlawanan yang diadakan menggunakan bola yang lebih besar bagi memudahkan kereta-kereta itu menjaringkan gol.

Video yang kami akan tunjuk kat bawah ni menggunakan saiz bola sepak yang sebenar dan lawannya adalah seorang manusia yang juga pemain bola sepak terkenal Brazil, Neymar Jr.

Screen Shot 2014-07-03 at 14.31.58

Bagi yang masih tertanya-tanya dengan konsep game ini, sebenarnya perlawanan tersebut itu dikenali sebagai Footkhana iaitu gabungan Football dan Gymkhana.

Bukan senang sebenarnya nak menggandingkan bintang-bintang popular dalam satu masa, tapi penaja rasmi FIFA World Cup 2014, Castrol berjaya menjadikan impian tersebut satu kenyataan dengan menampilkan Neymar dan Ken Block yang terkenal dengan bidang kepakaran masing-masing di dalam Castrol Footkhana ini.

Boleh bayangkan tak macam mana Neymar bermain bola dengan kereta? Memanglah kereta itu dipandu oleh drifter terhebat, tapi kalau nak dibandingkan skill bermain menggunakan kaki dan mengendalikan stereng kereta supaya boleh menjaringkan gol, fuhh rasanya dua perkara berbeza tu.

castrol-footkhana-01

Kalau mengikut kepakaran, dah tentulah Neymar yang akan mengalahkan Ken. Senang-senang je dia masukkan bola ke dalam gawang di set pertama perlawanan walaupun dihadang oleh kereta yang tak berhenti bergerak.

Bila melihat kesungguhan Neymar menunjukkan kehebatan terunggulnya di setiap jaringan, secara tak langsung membuatkan peminatnya yakin bahawa Neymar akan membawa pulang trofi World Cup pada Julai nanti.

Tapi, tapi, tapi, jangan terkejut pula bila tengok kereta dipandu Ken tu menjaringkan dua gol sekaligus hanya dengan sekali ‘libas’ menggunakan tayar belakang. Sampaikan penjaga gol jatuh terbaring nak menepis bola! Mungkin ini penangan minyak pelincir Castrol Edge yang dirangsang dengan Titanium FST?

Screen Shot 2014-07-03 at 14.26.37

So, siapa pemenang di antara Neymar Jr dan Ken Block? Rasanya korang pun tau jawapannya. Hehe! Apapun, jemputlah tengok video kat bawah ni. Jangan kelip mata kalau tak nak terlepas part yang best okay?

https://www.youtube.com/watch?v=SdBXpORSGu0

SKIP THIS AD ×