Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan memberi kelonggaran syarat menunaikan solat berjemaah dan Jumaat hanya tertakluk kepada warga tempatan sahaja. Hal ini kerana pesakit positif COVID-19 dalam kalangan warga asing lebih tinggi berbanding rakyat tempatan.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) kurang bersetuju dengan tindakan kerajaan yang tidak membenarkan warga asing positif Covid-19 menunaikan solat di masjid. Kenyataan tersebut seolah memberi diskriminasi terhadap warga asing.
Menimbulkan persepsi negatif
Memetik laporan Metro, Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) meminta supaya kerajaan menyemak semula keputusan berkenaan. Malah, setiap umat Islam mempunyai hak untuk bersolat tidak mengira kaum. Selagi mereka mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, hak berkenaan perlu dihormati.
Larangan sebegini akan menimbulkan persepsi negatif terhadap negara serta agama Islam sebagai agama yang tidak membezakan antara manusia.
Permim memohon Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memperhalusi keputusan ini serta membenarkan umat Islam beribadah tanpa mengira status kewarganegaraan.
Perlu dirujuk kepada Menteri Agama
Tambah Permim lagi, perkara sebegini perlulah mendapatkan kata nasihat daripada orang yang lebih pakar seperti Menteri Agama dan Mufti. Malah, perkara ini juga akan diperutuskan oleh Sultan di setiap negeri.
Kami bersetuju supaya semua mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan sosial. Kami menegaskan bahawa isu ini sepatutnya dirujuk kepada Menteri Agama, Mufti serta Majlis Agama Negeri. Sudah tentu ia perlu diputuskan oleh Sultan di negeri masing-masing.
Sumber: Metro