berita

Ni Pengetua Ke Setan Tua?

October 23rd, 2018 | by faris
Kini Trending

Setelah kes liwat membabitkan pengetua sekolah tahfiz didakwa meliwat pelajarnya di Kepong bulan lalu, terbaru, satu lagi kes sama dilaporkan berlaku di Kepala Batas, Pulau Pinang. Perkara itu dilaporkan sendiri oleh kedua-dua pelajar yang menjadi mangsa kerakusan nafsu pengetua mereka.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 55 tahun itu dipanggil bagi tujuan untuk direkodkan keterangannya.

Ada kesan kecederaan

Menurut sumber, kanak-kanak berkenaan masing-masing berusia 11 dan 13 tahun membuat laporan polis itu, hari ini.

Tambah sumber lagi, mereka mendakwa diliwat oleh pengetua lelaki berkenaan ketika menyertai program pendidikan di sebuah sekolah menengah. Difahamkan, program terbabit turut membabitkan murid sekolah rendah.

Susulan itu, mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk tujuan pemeriksaan sebelum didapati ada kesan kecederaan pada kemaluan mereka.

Kedua-duanya kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi menerima rawatan lanjut.

Mangsa lain dijangka beri keterangan

Sumber itu berkata, beberapa mangsa lain juga dijangka tampil membuat laporan polis kerana mendakwa diliwat suspek.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri A Thaiveegan ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan mangsa. Beliau berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci berhubung kes itu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×